Thursday 17 November 2011

Jamuan Akhir Tahun Guru-guru SKBP di Ri-Yaz, Pulau Duyung

Acara tahunan sebelum cuti persekolahan akhir tahun ini bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung. 

Lokasi yang aman damai dan indah ditemani dengan hujan renyai menjadikan semua ini satu memori indah buat guru-guru SKBP. Dikelilingi oleh pemandangan yang indah, majlis 16 November 2011 ini dilangsungkan pada pukul 12.45 tengahari dan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi kelab guru iaitu Cikgu Wan Za Azhari.

Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut suka hati.. demikianlah yang berlaku di Jamuan Akhir Tahun Guru-guru Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong. Tidak dilupakan kakitangan sekolah turut dijemput untuk memeriahkan majlis. Majlis berterima kasih kepada jemputan khas YDP PIBG yang sudi bersama dalam majlis ini.











No comments:

Post a Comment

Followers