Tuesday 26 November 2013

Pengumuman:


Puan Nor Liza binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 26 November 2013. Insya-Allah, Jenazahnya akan dikebumikan pada 27 November 2013; Rabu di Masjid Kebor Besar pada pukul 10.00 pagi. Al Fatihah dari semua Warga SKBP untuk beliau semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan mukmin. Amin

Friday 15 November 2013

Majlis penyerahan keputusan UPSR kepada semua calon UPSR SK Banggol Peradong. Seramai 6 orang murid telah berjaya mencapai keputusan 5A's bagi tahun 2013. Majlis turut dihadiri oleh Dato' Abdul Rahin bin Dato' Haji Mohd Said (Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu). Kecaknaan dan keprihatinan serta komitmen yang ditunjuk oleh beliau bakal menyuntik semangat kepada bakal-bakal calon UPSR dan membuahkan hasil yang lebih cemerlang pada tahun hadapan..







Wednesday 13 November 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKBP 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 bertempat di Dewan SKBP. Majlis turut dihadiri oleh wakil PPD, Tuan Haji Suhaimi bin Endut. YDP Tuan Haji Ruzman bin Ismail telah merasmikan majlis tersebut bagi mewakili Dato' Abdul Rahin bin Dato' Haji Mohd Said (Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu).

Anugerah Tokoh Murid Lelaki disandang oleh AllHasyir Afiq bin AllMauzi sementara Anugerah Tokoh Murid Perempuan pula disandang oleh Siti Zawana binti Che Zaid. Anugerah Tokoh Sukan pula disandang oleh Che Muhammad Izuwan bin Che Mohamad dan Nur Sophia Ardini binti Hasional Mardini.





































Friday 1 November 2013

PROGRAM REHAT MINDA MURID TAHUN 6 - 2013

Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR telah mengadakan satu Program Rehat Minda ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) pada 29 Oktober 2013 (Selasa). Seramai 41 orang murid terlibat dan diiringi oleh 5 orang guru SKBP iaitu En Shaharum, En Marzuki, Pn Jamilah, Pn Badariah dan Puan Rozita.















































Followers