Saturday 16 February 2019

SABTU | 16 Februari 2019

Jawatankuasa LADAP dan ICT telah mengadakan sesi perbengkelan FrogVLE bagi memantapkan ketrampilan guru serta menyemarakkan pembudayaan ICT dalam PdPc dengan jayanya. Sesi perbengkelan melibatkan Modul PIE, Modul Nasi Lemak dan Modul Gulai yang telah dijalankan oleh Fasilitator Jemputan Cikgu Roslina binti Mohamad @ Awang, Cikgu Zawiah Hasnah binti Yusoff, Cikgu Muhd Aw-Waluddin bin A Razad dan Cikgu Roslida binti Hashim.





















SABTU | 16 Februari 2019

Jawatankuasa Kecemerlangan PPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni 2019 bagi murid-murid Tahun 6 pada hari Khamis - 14 Februari 2019. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan dan semoga kesepakatan antara pihak sekolah dan ibubapa akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi tahun ini.
















SABTU : 16 Februari 2019

Satu sesi taklimat oleh KOGURU telah diadakan di SKBP bertempat di Bilik Mesyuarat pada 16 Februari 2019 (Sabtu) dengan penyertaan hampir 70 warga SKBP.









SABTU | 16 Februari 2019

Sekali lagi SKBP melalui pasukan bola jaring telah meraih kejayaan sebagai Naib Johan pertandingan Bola Jaring anjuran MSSDKT. Tahniah kepada jurulatih dan pasukan bola jaring SKBP serta seluruh warga SKBP.





Tuesday 12 February 2019

SKBP | 12 Februari 2019

Pada 10 dan 11 Februari 2019, SKBP telah menganjurkan Kejohanan Olahraga SKBP 2019 (ke -28) di padang SKBP dengan jayanya. Rumah Merah telah memperolehi kutipan mata sebanyak 227 dan menjadi juara kejohanan tersebut. Adik Muhammad Faris Hakim bin Mohd Shukri daripada Rumah Merah telah dianugerahkan sebagai olahragawan, sementara adik Hanani Arifah binti Mohamad Azman juga daripada Rumah Merah telah dianugerahkan sebagai olahragawati bagi kejohanan pada kali ini.

Telegram daripada Cg Nor Azyan Aminah binti Othman, Penolong Kanan Kokurikulum:


Gambar aktiviti sepanjang Kejohanan Olahraga SK Banggol Peradong 2019:
















































































Followers