Friday 26 August 2011

Majlis Penyampaian Hadiah

Sekitar majlis penyampaian hadiah pada 25 Ogos 2011 kepada pemenang dalam aktiviti yang dianjurkan pada bulan ramadhan. Majlis disudahi dengan bersalaman antara warga SKBP pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti minggu depan bagi menyambut perayaan Aidilfitri. Selamat menyambut hari raya kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.












Peserta ROS 2011 dari Institut Perguruan

Seramai 9 orang bakal pendidik dari IPG telah ditempatkan di SKBP untuk menjalani aktiviti ROS. Bermula dari 21 hingga 25 Ogos 2011, selama seminggu mereka bersama guru-guru dan murid di SKBP untuk merasai suasana persekolahan sebenar. 3 orang daripada mereka mengambil kursus PKBP. Selamat berkursus. Kuatkan semangat dan teruskan usaha untuk menjadi seorang pendidik yang berwibawa. InsyaAllah.



Thursday 25 August 2011

Majlis Khatam Al-Quran


Suasana Majlis khatam al Quran yang dijalankan pada 25hb Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H di dewan terbuka SK Banggol Peradong. Ini adalah lanjutan dari program tadarus al Quran yang dilangsungkan  oleh panitia Agama Islam dan jQaf sempena bulan ramadhan. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta tadarus al Quran oleh Tuan Guru Besar.



Wednesday 10 August 2011

Followers