Sunday 29 December 2013

Wednesday 25 December 2013

Saturday 21 December 2013

Seluruh warga SKBP mengucapkan SELAMAT BERTUGAS di SK Banggol Peradong kepada:

1. Puan Nurul Najihah binti Abdul Razak
    [Guru j-QAF]

2. Puan Norsuzira binti Mat Hussin
    [Guru Penganjian Inggeris]

Wednesday 4 December 2013

Berita terkini laporan atau maklumat banjir di Malaysia 2013 secara online. Kerajaan Malaysia telah menyediakan kemudahan maklumat terkini menerusi portal rasmi bencana dimana pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang dilanda banjir. Fenomena banjir ini berpunca daripada peralihan angin monsun.
Untuk mendapatkan maklumat terkini banjir di beberapa negeri sila layari:


Nasihat Ketika Dilanda Banjir
  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  • Ikuti arahan pihak berkuasa;
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti;
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.
Nasihat Selepas Banjir Reda
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
  • Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
  • Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
  • Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
  • Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
  • Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
  • Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah  dengan segera


Sumber: Berita Terkini Laporan Banjir Di Malaysia 2013 Online | melvister.com

Monday 2 December 2013

Pertukaran GP KO


Tuan Haji Nordin bin Jaaffar telah bertukar dan seluruh warga SKBP mengucapkan Selamat Bertugas di SK Telok Pasu. Segala sumbangan tuan semasa bersama warga SKBP amatlah dihargai dan ucapan jutaan terima kasih di atas segala-galanya Kami mendoakan kejayaan tuan walau di mana jua. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan tuan bersama kami.

Seluruh warga SKBP juga ingin mengucapkan Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Puan Norhaizan binti Yahya sebagai GPK KO bagi sesi persekolahan 2014.

Tuesday 26 November 2013

Pengumuman:


Puan Nor Liza binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 26 November 2013. Insya-Allah, Jenazahnya akan dikebumikan pada 27 November 2013; Rabu di Masjid Kebor Besar pada pukul 10.00 pagi. Al Fatihah dari semua Warga SKBP untuk beliau semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan mukmin. Amin

Friday 15 November 2013

Majlis penyerahan keputusan UPSR kepada semua calon UPSR SK Banggol Peradong. Seramai 6 orang murid telah berjaya mencapai keputusan 5A's bagi tahun 2013. Majlis turut dihadiri oleh Dato' Abdul Rahin bin Dato' Haji Mohd Said (Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu). Kecaknaan dan keprihatinan serta komitmen yang ditunjuk oleh beliau bakal menyuntik semangat kepada bakal-bakal calon UPSR dan membuahkan hasil yang lebih cemerlang pada tahun hadapan..







Wednesday 13 November 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKBP 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 bertempat di Dewan SKBP. Majlis turut dihadiri oleh wakil PPD, Tuan Haji Suhaimi bin Endut. YDP Tuan Haji Ruzman bin Ismail telah merasmikan majlis tersebut bagi mewakili Dato' Abdul Rahin bin Dato' Haji Mohd Said (Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu).

Anugerah Tokoh Murid Lelaki disandang oleh AllHasyir Afiq bin AllMauzi sementara Anugerah Tokoh Murid Perempuan pula disandang oleh Siti Zawana binti Che Zaid. Anugerah Tokoh Sukan pula disandang oleh Che Muhammad Izuwan bin Che Mohamad dan Nur Sophia Ardini binti Hasional Mardini.





































Friday 1 November 2013

PROGRAM REHAT MINDA MURID TAHUN 6 - 2013

Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR telah mengadakan satu Program Rehat Minda ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) pada 29 Oktober 2013 (Selasa). Seramai 41 orang murid terlibat dan diiringi oleh 5 orang guru SKBP iaitu En Shaharum, En Marzuki, Pn Jamilah, Pn Badariah dan Puan Rozita.















































Followers