PPKIBP

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.





OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

Setiap kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluasnya untuk membolehkan mereka : -

- Menguasai Kemahiran Berkomunikasi
- Menguasai Kemahiran Bergaul
- Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
- Memupuk keyakinan diri ke arah kestabilan kendiri dan berdikari
- Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
- Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor






PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
SK BANGGOL PERADONG

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong ditubuhkan pada tahun 2007. Pada masa itu terdapat 3 orang guru sahaja iaitu Pn. Suirana Bt Yusof, Norihan Bt Abd Kadir dan En. Karim Bin Abd Rahman. Manakala murid seramai 7 orang sahaja dan bertambah seramai 12 orang pada akhir tahun 2007. Pada masa itu PPKIBP diuruskan oleh seorang penyelaras iaitu Pn. Suirana Bt Yusof sehingga pertengahan tahun 2011. Kemudian di ambil alih oleh Penolong Kanan PPKIBP iaitu Pn. Zaimah Bt Ibrahim pada pertengahan tahun 2011 sehingga sekarang.






Data Guru PPKIBP Dari Tahun 2007 Sehingga 2012



Data Murid PPKIBP Dari Tahun 2007 Sehingga 2012




KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa 

(1) dalam ciri-ciri mental 
(2) keupayaan-keupayaan deria 
(3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal 
(4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi 
(5) dalam keupayaan komunikasi atau
(6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993



Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981



Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.




KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan



Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!


Followers