Saturday 24 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 20/2012

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 20 ini telah berlangsung dengan lancar. Pembubaran AJK yang lepas dan perlantikan AJK yang baru juga berjalan dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada Y.B Dato' Haji Rahin bin Dato' Haji Mohd Said kerana kesudian merasmikan majlis kali ini. Kepada para ibubapa dan guru juga diucapkan berbanyak terima kasih kerana kehadiran dan sambutan yang diberi bagi menjayakan majlis. Tahniah kepada semua pemenang hadiah cabutan bertuah. Diharapkan agar dengan perlantikan AJK PIBG SKBP sesi 2012/2013 ini, semua pihak dapat berganding bahu bagi menaikkan lagi prestasi sekolah di dalam semua aspek insyaAllah.


























Wednesday 21 March 2012

Pertandingan MTQ Peringkat PKG Manir 1433H/2012

Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat PKG Manir bermula 21 Mac 2012 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1433H dan bertempat di SK Banggol Peradong. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan penyertaan seramai 15 buah sekolah di  bawah PKG Manir. Pertandingan dan kategori yang dipertandingkan ialah pertandingan hafazan, tilawah, dan bercerita kisah-kisah Al-Quran bagi murid lelaki dan juga perempuan. 













































































Followers