Sunday 19 February 2012

Perlantikan Pengawas Perpustakaan SKBP 2012

Syabas dan tahniah kepada semua pengawas perpustakaan yang telah dilantik. Diharapkan agar dedikasi dan ketekunan anda menjadi pendorong kepada kawan-kawan anda dalam menaikkan budaya membaca di sekolah ini. Diharap juga dengan perlantikan ini dapat menolong guru dalam menguruskan perpustakaan pada hari persekolahan. Majlis telah diadakan pada perhimpunan pagi Ahad 19 Februari 2012 disaksikan oleh murid-murid dan guru. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas perpustakaan.






Friday 17 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1233H

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah, begitulah cogankata sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Diadakan pada pagi 16 Februari 2012 seawal jam 8:00 pagi, para guru dan murid memakai pakaian baju melayu dan baju kurung, segak dan kemas untuk bersama menyambut majlis tersebut. Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mendedahkan murid-murid tentang kelahiran dan keunggulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah terlibat menjayakan sambutan pada kali ini.































































Followers